Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: Sejarah! Bintang meningkat naik JDT rangkul dua anugerah dalam masa 12 hari

Pavithran

Peminat mula memanggilnya selaku pengganti S. Kunanlan!

Jaringan tunggal oleh tandukan bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) II, Pavithran Gunalan, menghadiahkan kemenangan berharga buat Harimau Malaya dalam perlawanan penting Kumpulan B Piala Hyundai ASEAN di Cheras, Kuala Lumpur (KL) semalam.

Malaysia memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri menewaskan Filipina 1-0 untuk mengakhiri saingan Kumpulan B di tempat kedua untuk bergelar naib juara di belakang Thailand, sekali gus mara ke separuh akhir.

Baru berusia 21 tahun, dia kini mencapai antara tahap tertinggi dalam karier apabila menembusi pasukan utama negara buat kali pertama dan menjadi watak penting membantu skuad kebangsaan menempah tiket ke pusingan kalah mati kejohanan serantau itu.

Pavithran merupakan satu-satunya tonggak Malaysia merangkul dua anugerah peribadi dalam kempen edisi kali ini sewaktu bertemu Laos dan Filipina.

Prospek masa depan negara itu dinobatkan selaku Hyundai Player of the Match tatkala wisel penamat dibunyikan, selain memiliki satu jaringan ketika ini.

Menariknya, kedua-dua anugerah individu itu dihasilkan di tempat sendiri!

Calon Pemain Muda Terbaik Kejohanan?

Skuad kendalian jurulatih interim, Tan Cheng Hoe, akan bersemuka dengan juara bertahan, Vietnam, dalam aksi separuh akhir yang akan berlangsung secara timbal balik pada 16 dan 19 Ogos ini. 

Kredit foto: BERNAMA
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video