Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: Peluang sarung jersi Harimau Malaya -- impian jadi kenyataan

alif

Pertahanan kanan muda Harimau Malaya, Alif Ahmad, menganggap peluang menyarung jersi skuad senior kebangsaan sebagai mimpi jadi kenyataan selepas sekadar beraksi di pentas Liga A1 Semi-Pro bersama Johor Darul Ta'zim II (JDT II) sepanjang musim lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu sedia mengetepikan kritikan peminat susulan prestasi yang dipamerkannya dalam dua perlawanan terdahulu.

Peluangnya hadir selepas pemain Kuching City, Jimmy Raymond, mengalami kecederaan buku lali dan terpaksa direhatkan.

Sebagai rekod, Alif diberi peluang beraksi sebagai kesebelasan utama ketika Malaysia bertemu Myanmar dalam perlawanan pembukaan, diikuti aksi terakhir peringkat kumpulan bertemu Filipina.

Selain itu, dia juga diturunkan sebagai pemain gantian ketika menentang Laos dan Thailand.

"Untuk berada di sini sekarang memang antara impian saya, iaitu untuk bermain bersama skuad senior kebangsaan," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Alhamdulillah, saya dapat banyak minit permainan dengan peluang yang diberikan jurulatih.

"Saya juga tidak jangka daripada Liga A1 saya dapat terus ke skuad senior kebangsaan, jadi ia rezeki saya untuk dipanggil.

"Saya menjadikan setiap kritikan sebagai pencetus semangat dan akan beraksi lebih baik dalam perlawanan seterusnya.

"Tanggungjawabnya memang amat besar tetapi saya sentiasa bersedia jika diberikan peluang lagi."

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video