"Kami tunggu janji kalian di Singapura.
Penyokong Indonesia berang dengan kekalahan pasukan itu di tangan Vietnam dalam perlawananKumpulan A Piala Hyundai ASEAN di Stadium Pakansari, Bogor malam tadi.
Dibarisi dengan gabungan pemain warisan dan tempatan, tuan rumah gagal mengekang kualiti juara bertahan, sekali gus bagai nyawa di hujung tanduk apabila Indonesia diambang penyingkiran dalam kejohanan berprestij itu.
Sang Garuda berdepan misi getir apabila dijadual bertemu juara empat kali kejohanan itu, Singapura, dengan kemenangan sahaja akan menjamin peluang untuk mara.
Rata-rata peminat kecewa dengan prestasi skuad kendalian John Herdman itu. Ada yang menganggap sendiri bahawa Sang Garuda terus kempunan meraih piala di peringkat Asia Tenggara (ASEAN).
"Sampai kapan kami tunggu lama lihat kamu angkat piala.
Untuk rekod, sepanjang 30 tahun penganjuran Kejuaraan ASEAN itu, Indonesia meraih naib juara sebanyak enam kali dan masih kempunan bergelar juara sulung.