Nasib Harimau Malaya juga bagai nyawa di hujung tanduk?
Kemenangan besar Myanmar 7-2 ke atas Laos semalam menghidupkan peluang untuk mara ke separuh akhir Piala Hyundai ASEAN apabila menyamai pungutan enam mata dengan Malaysia dalam perebutan Kumpulan B ketika ini.
Pendahulu, Thailand, yang mahu memperbaiki pencapaian musim lalu selaku naib juara pula meraih kemenangan tipis 1-0 menewaskan Filipina untuk selangkah ke pusingan kalah mati.
Kini, segalanya terletak di tangan Malaysia.
Myanmar menempuh laluan sukar tatkala wajib mencipta kejutan sekiranya mahu layak ke peringkat seterusnya menjelang perlawanan terakhir Kumpulan B bertemu Gajah Perang pada Sabtu ini.
3️⃣ Games, 3️⃣ Wins for Thailand at the Top of Group 🅱️#ASEANHyundaiCup #ASEANChampionship #ASEANUtdFC pic.twitter.com/2Y5Faejutc
— ASEAN United FC (@aseanutdfc) August 4, 2026
Sementara skuad kendalian jurulatih sementara, Tan Cheng Hoe, dijadual menentang Filipina di Cheras Sabtu ini dengan kemenangan sahaja akan menjamin peluang secara automatik untuk mara.
Malaysia masih boleh layak jika sekadar mencatatkan keputusan seri berdasarkan nasib, namun khawatir jika Myanmar mampu menumpaskan Thailand atau turut sekadar seri (perbezaan jaringan bakal menjadi penentu).
Cerita sebaliknya seandainya Filipina mengejutkan Malaysia, peluang dilihat tipis dan berisiko tidak berjaya layak ke separuh akhir.
Ia, bergantung kepada jumlah jaringan dan kutipan mata usai wisel penamat dibunyikan.
Dalam perkembangan lain, Jimmy Raymond sah mengikuti jejak langkah Endrick Dos Santos apabila kedua-duanya terpaksa melupakan baki kempen kejohanan itu kerana mengalami kecederaan, sekali gus bakal berdepan kesukaran buat skuad kebangsaan.
Setakat ini, tiga pasukan, Timor-Leste, Kemboja dan Laos, sah mengucapkan selamat tinggal kepada kempen ulang tahun ke-30 itu apabila sah tersingkir daripada kumpulan masing-masing.