Jurulatih Filipina, Carles Cuadrat, berharap pengalaman tiga pemainnya yang pernah beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M) mampu dijadikan bekalan untuk menamatkan kemarau kemenangan ke atas Harimau Malaya.
Penjaga gol The Azkals, Quincy Kammeraad, pertahanan, Scott Woods dan Cristian Rontini, masing-masing cukup mengenali corak permainan malaysia hasil pengalaman bersama Kuala Lumpur City, Kuching City dan Penang musim lalu.
Dalam sidang praperlawanan terakhir Kumpulan B, Piala Hyundai Asean, itu pengendali dari Sepanyol tersebut turut mengulas mengenai kekuatan pasukan yang dianggotai 10 pemain yang berpangkalan di luar negara dan 11 pemain B-23.
"Kami berpeluang mengumpul mata sama banyak dalam edisi serupa, tapi ia belum cukup untuk membawa kami layak ke peringkat seterusnya kerana perbezaan jaringan.
"Kami mahu mengurangkan jurang dan adalah bagus buat pemain muda untuk beraksi di stadium dan teruskan peningkatan," katanya.
"Ramai pemain muda telah berkelana luar negara dan mereka tidak dapat beraksi pada kali ini berhubung (komitmen) kelab.
"Jadi saya akan gunakan kesempatan ini untuk menguji pemain sebagai persediaan menghadapi Sukan Asia," katanya.