Ia, termasuk dengan panggilan pemain berpengalaman, Mohamadou Sumareh, menjadikan lapan pemain dari Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menyertai kem Harimau Malaya menghadapi Piala Hyundai ASEAN bermula bulan ini.
Antara nama yang mencuri tumpuan adalah Ibrahim Manusi yang mendapat disenaraikan buat kali pertama sepanjang kariernya.
Seramai tujuh pemain dari pelapis Harimau Selatan menghiasi skuad kali ini apabila rata-rata daripada mereka merupakan tonggak JDT II yang membantu merangkul kejuaraan Liga A1 Semi-Pro musim lalu.
🚨Gabungan pemain senior dan muda, TCH berdepan isu pelepasan pemain susulan kejohanan diadakan di luar kalendar FIFA, namun berjaya mendapatkan beberapa pemain berpangkalan di luar negara iaitu Wan Kuzain, Richard Chin dan Hadi Fayyadh. 🐯🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/iQvItCRleZ
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 11, 2026
Pasukan di bawah bimbingan ketua jurulatih interim, Tan Cheng Hoe, akan memulakan persiapan bermula Rabu ini dengan tempoh masa lapan hari latihan.