Selangor akan melayani kunjungan Sabah bagi aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium MBPJ malam esok.
Selepas terikat 2-2 di Stadium Likas awal bulan ini, kedua-dua pasukan kini memiliki peluang 50-50 untuk ke penentuan gelaran.
Bagaimanapun, aksi kali ini akan berlangsung tanpa kehadiran penyokong kedua-dua pasukan di venue perlawanan berikutan hukuman yang dikenakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap tuan rumah.
Selangor atau Sabah, pasukan mana akan ke final?
