Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Selangor tewas tapi mara ke separuh akhir

Piala FA: Selangor tewas tapi mara ke separuh akhir
Advertisement

Selangor mengesahkan kemaraan ke separuh akhir meskipun tewas 2-3 kepada Star City di Stadium MBPJ, malam ini, dengan Merah Kuning tetap unggul menerusi agregat 6-4.

Berbekalkan kelebihan agregat 4-1 sebelum aksi timbal balik, skuad kendalian Kim Pan Gon bermula garang apabila Zikri Khalili membuka tirai jaringan seawal minit kelapan untuk memberikan kelebihan kepada tuan rumah.

Advertisement

Selangor terus mengasak dan usaha mereka membuahkan hasil apabila pemain import Brazil, Vitor Pernambuco, menggandakan jaringan menjelang setengah jam permainan untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Keputusan itu menyaksikan Selangor memasuki separuh masa kedua dengan kelebihan agregat 6-1, sekali gus dilihat semakin hampir untuk mengesahkan tempat ke pusingan empat terakhir.

Advertisement

Namun, Star City enggan mengalah dan mula menghidu kelemahan di benteng pertahanan tuan rumah.

Menerusi situasi bola mati selepas permainan melepasi sejam, Moses Atede merapatkan jurang kepada 1-2, sekali gus menyuntik semangat kebangkitan pasukan pelawat.

Tekanan Star City berterusan apabila Pedro Santos memanfaatkan ruang di hadapan gawang yang dikawal Sikh Izhan untuk menyamakan kedudukan kepada 2-2.

Belum sempat Selangor kembali mengatur rentak, Star City terus menghukum kelekaan benteng pertahanan tuan rumah apabila Ramon Machado meledak gol ketiga pada minit ke-90 untuk meletakkan pelawat di hadapan 3-2.

Kebangkitan itu mencetuskan tekanan hebat buat Selangor pada penghujung perlawanan, namun masa tidak menyebelahi Star City untuk melengkapkan kejutan dan memburu jaringan tambahan yang diperlukan.

Walaupun tewas 2-3 dalam aksi timbal balik, Selangor tetap mara dengan agregat 6-4, sekali gus menamatkan cabaran Star City dan meneruskan perjuangan ke separuh akhir.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video