Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Perlawanan sukar menanti Selangor -- Richmond

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Richmind Ankrah

Pertahanan import Selangor, Richmond Ankrah, menjangkakan perlawanan sukar menanti pasukannya menjelang aksi separuh akhir kedua Piala FA bertemu Sabah di Petaling Jaya malam ini.

Ujar pemain kelahiran Ghana berusia 25 tahun itu, pasukannya perlu kekal fokus sepanjang perlawanan, di samping tidak berikan ruang terbuka buat Sabah untuk mencipta peluang.

Advertisement

Richmond turut percaya, meskipun Gergasi Merah bakal turun tanpa kehadiran penyokong di Stadium MBPJ, semangat mereka tetap berdiri teguh bersama pasukan dalam merealisasikan misi ke pentas final bagi dua musim berturut-turut.

Untuk rekod, Selangor muncul naib juara Piala FA musim lalu selepas akur tewas 1-6 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mereka terikat 2-2 dengan Sabah dalam separuh akhir pertama di Likas awal bulan ini.

"Ketika ini kami sudah bersedia sepenuhnya. Kami mengenali Sabah dan tahu ancaman yang boleh diberikan mereka," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Dalam perlawanan lalu, mereka memberikan kami waktu yang benar-benar sukar.

"Kami sudah mendapat pengajaran memandangkan dalam perlawanan itu, kami melakukan kesilapan tetapi kami sudah dapat memperbaikinya.

"Kami tidak boleh fokus kepada hanya seorang pemain kerana mereka memiliki ramai pemain berkualiti dan kami tidak boleh kehilangan fokus."

 

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video