Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa bekalan selesa selepas menewaskan UM Damansara 4-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16,, Piala FA Malaysia 2026 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Jaringan anak buah Xisco Munoz hadir menerusi Jairo seawall minit ketiga menerusi sepakan penalty, diikuti pemain baharu Dani Bolt dan dua gol menerusi Manuel Hidalgo, sementara gol tunggal skuad Kota Dam hadir pada penghujung permainan hasil jaringan Amirul Akmal.
Sementara itu, dalam satu lagi aksi sebelah petang yang berlangsung di Manjung, Perak menyaksikan Kuala Lumpur (KL) City membawa bekas tipis ke Cheras selepas menewaskan The Bos Gaurus 1-0.
Jaringan KL City hadir menerusi penyerang sensasi, Paulo Jouse dalam separuh masa kedua.
Perlawanan timbal balik antara JDT dan UM Damansara akan berlangsung pada Selasa depan, manakala aksi timbali balik antara KL City dan Perak berlangsung pada Rabu depan.