Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Gergasi rebah ke bumi, Kelantan City cipta kejutan

Piala FA: Gergasi rebah ke bumi, Kelantan City cipta kejutan

'Gergasi rebah ke bumi' -- itu gambaran tepat kejutan yang berlaku dalam aksi pusingan 16 Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Keempat, Kota Bharu, apabila Kelantan City menewaskan pasukan Liga Super, Negeri Sembilan, 2-0.

Bagi Penolong Ketua Jurulatih Kelantan City, Wanderley Machado da Silva, pengalaman berdepan pasukan dari dua musim berbeza sedikit sebanyak membantu anak buahnya dari aspek momentum.

Malah, hujan lebat yang turun secara tiba-tiba turut dianggap memberi kesan terhadap rentak permainan Negeri Sembilan.

Namun, Wanderley mengingatkan pasukannya supaya tidak terlalu selesa dengan kelebihan dua gol tersebut.

Kelantan City perlu mempertahankan kelebihan berkenaan apabila bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, dalam aksi timbal balik nanti.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Negeri Sembilan, Daniel Gimenez Alcaniz, mahu kekalahan itu dijadikan pengajaran terbaik agar pasukannya tidak lagi memandang rendah mana-mana lawan, termasuk pasukan dari Liga A1 Semi-Pro.

Menurutnya, perjuangan masih belum berakhir dan beliau berharap anak buahnya mampu bangkit untuk mencipta kebangkitan di Paroi.

Dalam pada itu, penjaring gol pertama Kelantan City, Ahmad Nazri Muhamad, seakan-akan tidak percaya berjaya meledak gol ketika berdepan pasukan bertaraf Liga Super.

Bagi Nazri, kejayaan membantu Kelantan City mencatat kemenangan di laman sendiri itu akan menjadi antara kenangan paling manis dalam kariernya.

Kini, misi Kelantan City adalah untuk mempertahankan kelebihan dua gol tersebut di laman lawan bagi memastikan tiket ke suku akhir Piala FA menjadi milik mereka.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement