Tonggak pertahanan Sabah, Dane Ingham, tidak pernah menjangkakan mampu membawa Sabah mara ke pentas final Piala FA Malaysia 2025/26 dalam musim pertamanya bersama 'The Rhinos'.
tonggak kelahiran New Zealand itu berkongsikan kejayaan menamatkan kemarau 37 tahun Sabah di pentas Piala FA merupakan hasil kerjasama erat sepasukan.
Advertisement
Dia turut percaya kejayaan ini adalah titik tolak buat Sang Badak dalam meraih keputusan positif bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Untuk rekod, Dane telah tampil dalam sembilan perlawanan Liga Super 2025/26 selain enam aksi Piala FA musim ini bersama skuad kendalian Jean-Paul De Marigny.
"Ia sudah sekian lama kelab sudah tidak ke final, saya gembira buat pasukan dan penyokong, ia merupakan momen terbaik buat kami.
"Kami telah lalui banak perlawanan bersama hingga ke final, rakan sepasukan dan staf kejurulatihan telah lakukan yang terbaik." katanya.