Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Dalam saingan kalah mati, peluang masih sama rata -- Jurulatih Kedah

VC

Ketua jurulatih Kedah, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, menyifatkan tiada istilah mustahil buat mana-mana pasukan untuk mencipta kejutan di pentas Piala FA 2026/27 meskipun berstatus bukan pilihan.

Bekas penyerang Harimau Malaya itu berkongsikan pasukannya akan cuba sedaya upaya untuk memberikan saingan sengit buat Star City di pusingan 16 yang dijadualkan berlangsung pada 2 dan 8 September depan.

Untuk rekod, kali terakhir Kedah muncul juara Piala FA ialah ketika edisi 2019 yang menyaksikan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak menang 1-0 ke atas Perak dalam aksi final menerusi jaringan tunggal pemain gantian, Fadzrul Danel Mohd Nizam.

"Perlawanan sukar tetapi kami akan beraksi di laman sendiri dahulu sebelum kerkunjung ke Kangar, perancangan teliti perlu dilakukan untuk bawa bekalan ke aksi kedua.

"Kami akan cuba berikan yang terbaik, pemain teruja untuk beraksi dalam saingan ini, dan kami mahu melangkah lebih jauh berdepan pasukan yang lebih besar.

"Kami tahu pasukan Liga Super ada pemain-pemain lebih berkualiti, ada pemain import yang boleh beraksi berbanding kami tiga import. Dalam saingan kalah mati seperti ini, peluang masih sama rata.

"Apa yang penting bagaimana kami mahu merancang untuk berdepan Star City, kami cuba beri aksi terbaik dan meloloskan pasukan ini ke pusingan seterusnya." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement