Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Aksi DPMM vs Terengganu ditunda akibat jerebu

DD

Malaysian Football League (MFL) dalam satu kenyataan rasmi hari ini berkongsikan perlawanan antara DPMM berdepan Terengganu ditunda susulan situasi jerebu kain memburuk di Brunei Darussalam.

"Malaysian Football League (MFL) mengumumkan bahawa perlawanan Pusingan 16 Piala FA 2026-2027 antara DPMM FC dan Terengganu FC yang dijadualkan berlangsung jam 8.15 malam ini ditunda berikutan situasi jerebu yang semakin serius di Brunei Darussalam.

"Keputusan penundaan perlawanan tersebut yang sepatutnya berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah  dibuat berikutan arahan daripada Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam selepas mengambil kira keadaan semasa kualiti udara di negara itu, dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dilaporkan mencecah 215 setakat jam 4 petang hari ini, sekali gus melepasi Tahap Sangat Tidak Sihat.

"MFL sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan semua pihak yang terlibat termasuk pemain, pegawai pasukan, pengadil, petugas perlawanan serta penyokong dengan keputusan penundaan ini dibuat selaras dengan arahan dan nasihat Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam susulan keadaan jerebu yang berpotensi menjejaskan tahap kesihatan orang awam.

"Tarikh baharu bagi perlawanan Pusingan 16 Piala FA antara DPMM FC dan Terengganu FC akan diumumkan dalam masa terdekat." kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement