Skuad B-15 negara terpaksa akur tewas menerusi penentuan sepakan penalti 4-5 kepada Qatar dalam saingan separuh akhir Tier B, Festival & Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di Baku, Azerbaijan, malam tadi.
Skuad muda negara itu terikat tanpa jaringan dalam 40 minit waktu perlawanan sekali gus memacu aksi ke penentuan sepakan penalti bagi penentuan tempat ke-53 hingga 56.
Dalam aksi final -penentuan tempat ke-55 dan 56- nanti, skuad kendalian P. Maniam akan turun berdepan Lubnan hari ini.
Untuk rekod, Malaysia merupakan satu-satunya wakil dari ASEAN yang melangkah ke Tier B selepas muncul naib juara Kumpulan H.