Pasukan B-15 Malaysia bakal mengharungi perlawanan penentuan tempat ke-53 dan 56 selepas China mencipta kemenangan 3-1 di peringkat suku akhir Tier B Piala Dunia, hari ini.
Barisan kendalian P. Maniam tersebut -- yang mara berbekalkan kemenangan ke atas Jamaica -- mengimbangi kedudukan 1-1 ketika menuju bilik persalinan dalam kempen di Baku, Azerbaijan, itu namun China menambah dua gol dalam babak seterusnya untuk separuh akhir penentuan tempat ke-ke-49 hingga 52.
Malaysia dijadual bertemu Lubnan sebagai lawan seterusnya di Kompleks Hovsan malam esok.