PERANCIS 4 ENGLAND 6
England dan Perancis mengucapkan salam perpisahan kempen Piala Dunia 2026 dengan meledak 10 gol di Stadium Miami, sebentar tadi.
England mengambil kesempatan ketika Les Bleus bagaikan masih lagi terbawa-bawa dengan kekecewaan aksi separuh akhir yang lalu dengan mendahului babak pertama 4-0, meskipun meletakkan ketua pasukan, Harry Kane, dan Jude Bellingham di bangku simpanan.
Pesta gol The Three Lions bermula seawal minit ke-3 melalui rembatan Declan Rice, sebelum pintu gol mereka terdedah lagi dihukum oleh tandukan Ezri Konsa dan dua gerakan pantas Bukayo Saka.
Bagaimanapun, percaturan sebaik bermula babak kedua bermula memberi nafas baru di jentera Perancis menerusi kemasukan Ousmane Dembele dan Bradley Barcola sementara dua jaringan Kylian Mbappe -- meletakkannya sebagai pendahulu Kasut Emas berbekalkan 10 gol -- untuk mengurangkan defisit jaringan.
Namun, itu semua tidak berhasil apabila Saka menyempurnakan sepakan penalti untuk melengkapkan hatriknya untuk meletakkan England kembali selesa 5-3 sebelum jaringan Dembele menyusul dalam masa kecederaan.
Dan pada ketika penyokong England menyangka pesta itu sudah berakhir, Bellingham menghasilkan satu gelecekan hebat untuk merobek gawang juara dua kali itu buat kali keenam sebelum wisel penamat ditiupkan.