Legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson, mempunyai formula ramalannya terhadap calon juara Piala Dunia 2026.
Biarpun Portugal memiliki keupayaan Cristiano Ronaldo -- mantan anak emasnya di Old Trafford -- dan dikelilingi pemain handalan seperti Bruno Fernandes, tetapi Ferguson percaya Brazil mempunyai pemain yang kualitinya berbeza.
"Portugal memiliki ramai pemain handalan. Saya sentiasa memilih Brazil dalam Piala Dunia.
"Pemain-pemain Brazil -- sebagaimana pemain kembar, Rafel dan Fabio yang pernah saya latih -- mereka mengerahkan tenaga dalam latihan setiap hari dan tidak pernah memakai seluar panjang. Brazil berdaya tinggi. Anda boleh melihat mereka mampu bermain bola sepak pantai berjam-jam, dari siang sampai malam.
"Sesiapa sahaja yang kalahkan Brazil akan menjulang Piala Dunia."