Ruang komen laman X Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dibanjiri peminat yang mempersoal tentang pelantikan pengadil bagi perlawanan suku akhir Piala Dunia 2026 di antara naib juara 2022, Perancis, bertemu Maghribi pada esok.
Menerusi perkembangan terkini, seramai lima pengadil serentak dari Argentina akan mengadili aksi hangat tersebut.
Malah, pegawai video bantuan pengadil (VAR) turut dari negara sama, dan ia menimbulkan kekecohan di kalangan penyokong.
The match officials for @FIFAWorldCup match 97 have been appointed. 🤝
— FIFA (@FIFAcom) July 7, 2026