Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Ronaldo sebut kalimah Bismillah sebelum sumbat penalti?

dada

Cristiano Ronaldo menjadi pencetus kebangkitan Portugal apabila menyamakan kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti selepas pasukannya ketinggalan pada awal babak kedua dalam aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026 menentang Croatia di Stadium Toronto.

Lensa kamera turut merakam detik sebelum sepakan diambil apabila bintang berusia 41 tahun itu dipercayai menyebut kalimah Bismillah sebanyak dua kali ketika bersedia menghadapi tekanan, sebelum tenang menyudahkan sepakan ke tengah gawang untuk menghidupkan semula momentum Portugal.

Croatia sebelum itu mengejutkan apabila membuka jaringan menerusi Ivan Perisic pada minit ke-53.

Namun, gol berkenaan tidak cukup untuk mengekang kebangkitan Portugal yang mula menguasai semula permainan selepas gol penyamaan Ronaldo yang beraksi bersama Al-Nassr di Liga Pro Arab Saudi.

Ketika perlawanan kelihatan bakal berlanjutan ke masa tambahan, Portugal akhirnya memastikan kemenangan dramatik apabila Gonçalo Ramos muncul wira dengan tandukan pada masa kecederaan minit ke-90+4 hasil hantaran lintang tepat, sekali gus melengkapkan kemenangan 2-1.

Kemenangan itu menyaksikan Portugal mara dengan penuh dramatik ke pusingan 16 untuk bertemu Sepanyol. - Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video