Jorge Jesus dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Portugal selepas tersingkir dalam Piala Dunia 2026, beberapa hari selepas sebaik kempen anak buah Roberto Martinez berakhir di tangan Sepanyol.
Anak jati berusia 71 tahun itu menghabiskan sebahagian besar karier kejurulatihannya di Portugal, termasuk percah memacu Benfica dan Sporting.
Peranan kejurulatihan terakhirnya adalah bersama Al-Nassr, yang dibimbingnya untuk merangkul gelaran Liga Pro Saudi pada musim 2025-26.
Kempen musim lalu itu menyaksikan Cristiano Ronaldo meledak 29 gol dalam 33 penampilan di bawah kendalian Jesus.
Ronaldo, 41, mengesahkan ini merupakan Piala Dunia terakhirnya tetapi belum bersedia bersara di peringkat antarabangsa.