Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Perit jumpa Cabo Verde beri pengajaran Argentina jumpa Mesir

aaa

Argentina menjangkakan satu lagi cabaran sukar dalam perlawanan pusingan 16 berdepan Mesir selepas memerlukan masa tambahan untuk menewaskan Cape Verde 3-2, dengan tonggak utama skuad Albiceleste  memberi amaran bahawa tiada perlawanan mudah dalam baki aksi Piala Dunia 2026 ini.

Juara dunia yang sedang bergelar untuk mengatasi pasukan dari Afrika itu yang membuat penampilan sulung dan menjangkakan satu lagi ujian getir menentang Mesir dalam usaha memburu tempat dalkan suku akhir.

Pemain tengah Argentina, Leandro Paredes, berkata kejohanan itu telah membuktikan betapa kompetitifnya bola sepak antarabangsa, sekali gus menjadi petanda sebarang kejutan boleh berlaku sebagaimana yang dinikmati Norway ke atas Brazil.

"Kami sedar bahawa semua pasukan kebangsaan sangat kompetitif. Sesiapa sahaja boleh mengalahkan mana-mana mudah.

"Jelas sekali, melihat Brazil tersingkir daripada kejohanan ini menjadi perhatian kami, tetapi tiada perlawanan mudah. ​​Semua pasukan membuat persediaan terbaik baik," katanya kepada pemberita menjelang aksi di Atlanta, tengah malam esok itu. 

Rakannya di posisi pertahanan, Nahuel Molina, turut meramalkan The Pharaohs akan memberikan satu lagi tentangan sengit, sambil menambah bahawa pasukan Afrika Utara itu akan sangat bermotivasi dan bersedia.

"Akhirnya, tiada siapa yang akan memberikan laluan mudah kepada anda.

"Setiap lawan mengkaji anda, semua orang akan mengorbankan nyawa mereka untuk pasukan kebangsaan mereka.

"Di pihak kami, seperti biasa, kami akan cuba menjadi protagonis dan mewakili Argentina dengan cara yang terbaik," katanya.

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video