Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Pasukan tuan rumah berdepan tindakan disiplin FIFA

ada

Mexico dilaporkan berkemungkinan berdepan tindakan disiplin daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Perkara itu susulan tindakan kontroversi yang dilakukan penyokong pasukan tuan rumah itu yang didakwa melaungkan sorakan berunsur penghinaan kepada penjaga gawang lawan, Hernan Galindez, ketika menewaskan Ecuador 2-0 dalam saingan kalah mata, Piala Dunia 2026, baru-baru ini.

Untuk rekod, situasi itu merupakan isu berulang dimana Mexico pernah dikenakan tindakan disiplin ketika dalam kejohanan sama edisi di Brazil, Rusia dan Qatar.


"Menurut laporan, Persekutuan Bolasepak Mexico (FMF) sebelum ini telah melaksanakan pelbagai kempen kesedaran dan pendidikan penyokong bagi membendung penggunaan sorakan berkenaan, termasuk melibatkan bekas pemain skuad kebangsaan dalam usaha memberi mesej anti-diskriminasi.

"Bagaimanapun, usaha itu dilihat masih belum mencapai hasil yang diharapkan apabila sorakan sama kembali kedengaran dalam aksi terbaru tersebut.

"Sebelum kejohanan bermula, FIFA turut mengambil tindakan terhadap Mexico berhubung insiden sama dalam beberapa perlawanan antarabangsa pada tahun 2024, termasuk mengekalkan denda oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berjumlah 140,000 franc Swiss." kongsinya dipetik daripada Sinar Harian.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video