Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Masa tambahan lebih 18 minit!

Piala Dunia 2026:  Masa tambahan hampir 18 minit! Cubaan gagalkan Portugal jadi bualan hangat

Masa tambahan dalam aksi Portugal menentang Croatia mencetuskan perdebatan selepas permainan diteruskan hampir 18 minit walaupun hanya 10 minit diumumkan.

Aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026 antara Portugal dan Croatia mencetuskan perdebatan hangat apabila tempoh masa tambahan dilihat berlanjutan jauh melebihi masa yang diumumkan.

Pengadil pada mulanya memberikan 10 minit masa tambahan pada penghujung perlawanan, namun permainan berterusan sehingga hampir minit ke-108 sebelum wisel penamat ditiup.

Situasi itu menyebabkan ramai penyokong Portugal mempersoalkan mengapa Croatia seolah-olah diberikan hampir lapan minit tambahan lagi untuk mencari gol penyamaan.

Perbandingan turut dibuat dengan aksi antara Belanda dan Maghribi sebelum ini, yang menyaksikan pengadil memberikan 10 minit masa tambahan tetapi meniup wisel penamat sekitar minit ke-102.

Perbezaan itu mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, dengan ada penyokong menyifatkannya sebagai tidak konsisten.

Bagaimanapun, menurut Undang-Undang Permainan yang ditetapkan oleh IFAB, masa tambahan minimum yang dipaparkan oleh pegawai keempat boleh dilanjutkan sekiranya berlaku kelewatan baharu ketika tempoh tersebut, termasuk kecederaan, semakan VAR, pertukaran pemain, insiden disiplin atau tindakan melengah-lengahkan permainan.

Ini bermakna pengadil mempunyai kuasa untuk menambah lagi masa melebihi jumlah yang dipaparkan jika merasakan terdapat masa yang hilang sepanjang tempoh tambahan itu.

Walaupun begitu, setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada FIFA atau pihak pengadil berhubung tempoh sebenar masa tambahan dalam perlawanan tersebut.

Apa yang pasti, isu itu terus menjadi antara topik paling hangat dibincangkan penyokong bola sepak, dengan ramai menuntut penjelasan mengenai mengapa perlawanan diteruskan jauh melebihi 10 minit yang diumumkan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video