Sebuah kafe menawarkan di Bandar Mexico menawarkan kelainan apabila mengalu-alukan pelanggan yang sedang meratap kekalahan pasukan masing-masing.
Setiap pagi, Losers Cafe yang terletak di Condesa akan menghidangkan minuman percuma kepada penyokong yang memakai jersi pasukan yang menanggung kekalahan dalam Piala Dunia 2026 pada hari sebelumnya, malah tisunya tertera tulis 'keringkan air matamu'.
Antara pelanggannya adalah jurukamera dari Afrika Selatan, Monse Aguilar, yang merasai pengalaman untuk mengubati kekecewaannya setelah negaranya tersingkir.
"Ia bagaikan satu pelukan ke hati selepas mengalami kekalahan," katanya.