Ini keputusan penuh undian Piala Dunia 2026 yang diadakan di Amerika Syarikat.
Majlis undian Piala Dunia 2026 yang diadakan di Washington ini dihadiri oleh nama-nama terkenal dalam arena bola sepak dunia antaranya Presiden FIFA, Gianni Infantino serta bekas-bekas pemain.
Advertisement
Terdapat empat balang yang masing-masing terdiri daripada 12 buah negara di dalamnya dengan tumpuan terarah kepada juara bertahan, Argentina yang berada di dalam balang satu.
Empat wakil Asia di Piala Dunia kali ini -- Jepun, Korea Selatan, Iran dan Australia menghuni balang dua bersama lapan negara yang lain seperti Uruguay, Croatia, Maghribi dan sebagainya.
Manakala, negara yang akan melakukan penampilan sulung di Piala Dunia, Uzbekistan berada di dalam balang tiga tatkala Jordan, Haiti dan Cape Verde diletakkan di dalam balang empat.
Sesi undian yang dijalankan oleh bekas pemain England dan Manchester United, Rio Ferdinand itu menyaksikan 42 buah negara sudah pun mengetahui posisi dan kumpulan masing-masing.
Kumpulan A: Mexico, Afrika Selatan, Korea Selatan, Pemenang Play-Off D.
Kumpulan B: Kanada, Pemenang Play-Off A, Qatar, Switzerland.
Kumpulan C: Brazil, Maghribi, Haiti, Scotland.
Kumpulan D: Amerika Syarikat, Paraguay, Australia, Pemenang Play-Off C.
Kumpulan E: Jerman, Curacao, Ivory Coast, Ecuador.
Kumpulan F: Belanda, Jepun, Pemenang Play-Off B, Tunisia.
Kumpulan G: Belgium, Mesir, Iran, New Zealand.
Kumpulan H: Sepanyol, Cape Verde, Arab Saudi, Uruguay.
Kumpulan I: Perancis, Senegal, Pemenang Play-Off 2, Norway.
Kumpulan J: Argentina, Algeria, Austria, Jordan.
Kumpulan K: Portugal, Pemenang Play-Off 1, Uzbekistan, Colombia.
Kumpulan L: England, Croatia, Ghana, Panama.
Kejohanan Piala Dunia 2026 akan berlangsung bermula pada 11 Jun sehingga 19 Julai dengan 3 buah negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico bakal menjadi tuan rumah bagi edisi ke-23 ini.