Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Giliran jurulatih Korea Selatan letak jawatan

ds

Hong Myung-bo meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih Korea Selatan susulan penyingkiran negara itu di peringkat kumpulan dalam kempen Piala Dunia 2026. 

Hong membuat pengumuman itu di kem Latihan pusat di Guadalajara, Mexico apabila pasukannya sekadar menamatkan saingan Kumpulan A di kedudukan ketiga dengan tiga mata selepas melakar satu kemenangan dan dua kali tewas. 

"Saya ingin memohon maaf kepada rakyat yang mencintai bola sepak Korea dan sentiasa menyokong pasukan kebangsaan. 

"Hari ini saya meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan Korea Selatan, membuat keputusan ini bukan muda buat saya." kongsinya. 

Hong dilantik sebagai jurulatih pada Julai 2024 sebagai pengganti jangka masa panjang untuk mengemudi negara itu dalam penampilan di pentas Piala Dunia ke-11 berturut-turut. 

Korea bermula dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Republik Czech namun tewas kepada Mexico dan Afrika Selatan sekali gus gagal mara ke pusingan seterusnya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video