Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: England dapat lampu hijau guna viagra? Ini sebab sebenarnya

Piala Dunia 2026: England dapat lampu hijau guna viagra? Ini sebab sebenarnya

England dilaporkan mendapat kebenaran menggunakan viagra ketika Piala Dunia 2026 bagi membantu pemain menyesuaikan diri dengan altitud tinggi di Mexico.

Skuad England dilaporkan mendapat kebenaran untuk menggunakan viagra sepanjang kempen Piala Dunia 2026 sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi aksi di kawasan altitud tinggi di Mexico.

Walaupun kedengaran luar biasa, penggunaan ubat yang sinonim dengan rawatan disfungsi erektil itu bukan bertujuan meningkatkan prestasi seksual, sebaliknya membantu melancarkan aliran darah dan meningkatkan penghantaran oksigen kepada tubuh ketika beraksi di kawasan tanah tinggi.

Menurut laporan TalkSPORT, England telah mendapatkan penjelasan daripada Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) dan dimaklumkan bahawa sildenafil, iaitu bahan aktif dalam viagra, tidak tersenarai sebagai bahan terlarang.

Oleh itu, penggunaannya dibenarkan selagi ia digunakan atas nasihat serta pemantauan pegawai perubatan pasukan.

Beberapa venue Piala Dunia 2026 di Mexico, termasuk di Mexico City, terletak pada altitud melebihi 2,000 meter dari aras laut. Keadaan itu boleh menyebabkan pemain mengalami kesukaran bernafas, cepat letih dan penurunan prestasi fizikal jika gagal menyesuaikan diri.

Kajian sebelum ini turut menunjukkan sildenafil berpotensi membantu sesetengah atlet mengurangkan kesan altitud tinggi dengan memperbaiki aliran darah ke paru-paru, walaupun keberkesanannya boleh berbeza antara individu.

England dijangka menentang Mexico dalam pusingan 16 terbaik, sekali gus berkemungkinan beraksi dalam persekitaran yang mencabar dari aspek fizikal.

Bagaimanapun, tiada pengesahan bahawa semua pemain England akan mengambil Viagra. Sebaliknya, laporan itu menjelaskan ia hanyalah salah satu pilihan perubatan yang tersedia kepada pasukan sekiranya diperlukan, dengan segala penggunaannya tertakluk kepada penilaian doktor pasukan.

Isu tersebut mencuri perhatian penyokong bola sepak kerana nama Viagra lebih dikenali sebagai ubat untuk masalah disfungsi erektil, namun dalam dunia perubatan dan sukan, sildenafil juga mempunyai kegunaan lain, termasuk membantu menangani masalah berkaitan tekanan darah di paru-paru serta kesan fisiologi akibat altitud tinggi.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video