Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Cristiano Ronaldo nikmati kempen paling tenang, label Sepanyol pasukan pilihan

aaa

Cristiano Ronaldo mendedahkan kini lebih tenang menikmati Piala Dunia 2026 berbanding lima kempen sebelumnya sambil melahirkan keyakinan Portugal mampu menangani skuad Sepanyol.

Barisan kendalian Roberto Martinez itu akan menghadapi ujian peringkat ke-16 untuk mengadakan pertemuan jiran berseteru itu di Stadium Dallas, esok.

"Jika kami tidak mempunyai kepercayaan ini, kami tidak akan berada di sini," katanya dalam sidang akhbar praperlawanan.

"Ini merupakan pengalaman yang indah, kami semakin meningkat dalam setiap perlawanan.

"Kami sedar ini adalah satu kejohanan yang sukar dan mustahil untuk sentiasa bermain dengan baik.

"Beberapa pasukan yang bagus telah tersingkir dan ia membuktinya. Pasukan ini berada dalam keadaan baik, tenang dan bersedia sepenuhnya. Kami akan menghadapi pasukan yang sukar tetapi saya fikir kami akan bersedia.

"Sepanyol adalah pasukan pilihan. Mereka mempunyai lebih banyak gelaran berbanding Portugal tetapi ini adalah pertandingan yang berbeza dengan pemain yang berbeza. Faktor kecederaan dan kepanasan juga memainkan peranan."

Ronaldo turut menolak untuk mendedahkan perancangan di peringkat antarabangsa sesudah berakhirnya kempen kali ini pada usia 39 tahun.

"Saya akan bersara sebaik saya memutuskannya. Anda selalu bertanyakan soalan; 'adakah ini kejohanan terakhir saya;', tapi saya tidak mahu mencuri perhatian dan apa yang paling penting kami beraksi dengan baik esok," katanya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video