Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Allison lemas! Pasukan underdog hampir kalahkan juara lima kali, Brazil

Vini

Maghribi hampir melakar kejutan ke atas Brazil selepas terikat seri 1-1 dalam perlawanan Kumpulan C Piala Dunia 2026 di Stadium New York Jersey, Amerika Syarikat (AS), sebentar tadi.

Hadir selaku bukan pilihan, kontroversi diangkat sebagai juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) Mac lalu susulan kejuaraan Senegal ditarik tidak menghalang mereka untuk terus mencipta sensasi di pentas tertinggi dunia itu.

Bakal penyerang baharu Bayern Munich, Ismael Saibari, terlebih dahulu meletakkan Singa Atlas di hadapan apabila melakukan umpanan menewaskan penjaga gol Liverpool, Allison Becker, pada minit ke-21 dengan satu gol cantik.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti mula mengatur serangan berbahaya, dan hasilnya bintang Real Madrid, Vinicius Jr, melepaskan rembatan deras menewaskan Yassine Bounou untuk kedua-dua pasukan menuju bilik persalinan dengan kedudukan 1-1.

Keputusan itu kekal sehingga wisel penamat menyaksikan juara Piala Dunia lima kali itu gagal meraih tiga mata penuh, selain pihak lawan turut sekadar berpuas hati meskipun kedua-dua pasukan kerap melancarkan serangan berbahaya sepanjang separuh masa kedua.

Maghribi dengan status underdog membawa misi untuk memperbaharui pencapaian edisi lalu.

Untuk rekod, Maghribi mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022 dengan kejayaan mengalahkan Portugal dan Sepanyol, sambil mengakhiri kejohanan di tempat keempat. 

Tahukah anda? Ini merupakan kali ke-21 Brazil tidak tewas dalam aksi pembukaan Piala Dunia sejak 1934. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video