Kekecewaan menyelubungi penyokong Indonesia apabila pasukan kebangsaan negara itu gagal menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri, dan bernasib baik meraih seri 0-0 menentang Harimau Malaya dalam perlawanan Kumpulan A Piala ASEAN FIFA di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta malam tadi.
Ribuan peminat tempatan melaungkan nama bekas pengendali, Shin Tae-yong, sebagai tanda protes menginginkan kembali jurulatih dari Korea Selatan itu mengemudi semula Indonesia, sekali gus menolak kepimpinan jurulatih semasa, John Herdman.
Ramai tidak berpuas hati dengan prestasi Sang Garuda dan menuntut Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) segera mengatur perubahan.
Namun, menurut ketua pasukan, Kevin Diks, menganggap ia adalah keterlaluan dan menolak persepsi tersebut sambil menegaskan ia tidak bagus untuk pemain dan pasukan.
"Saya rasa ini tidak benar.
"Ini tidak baik untuk para pemain dan jurulatih.
"Kami mencuba berjuang dengan 10 pemain. Itu sangat sulit.
"Saya kecewa dengan segelintir penyokong," katanya.
Untuk rekod, Shin Tae-yong sebelum ini mengendalikan skuad senior Indonesia dari 2020 hingga 2025.