Tular di media sosial penyokong Indonesia dalam satu video menyeru pasukan di ranking ke-119 dunia itu agar tidak meremehkan kemampuan Malaysia.
Perkara itu selepas dia menyaksikan perlawanan Malaysia sendiri di Stadium Gelora Bung Karno menewaskan Bangladesh 3-0 dalam perlawanan peringkat Kumpulan A, Piala ASEAN FIFA 2026.
"Tolong jangan remehkan Malaysia ya, saya baru sahaja menyaksikan aksi pembukaan Malaysia lawan Bangladesh.
"Malaysia menang mudah 3-0 walaupun kita tahu mereka lawan Bangladesh, mereka tidak bolos. Dua pemain kunci mereka cetak gol iaitu Arif Aiman dan Bergson.
"Jadi tolong jangan remehkan Malaysia, kerana jika kita kalah, nanti malu." katanya.