Tonggak utama Thailand, Chanathip Songkrasin, tidak sabar menghadapi Indonesia menjelang perlawanan akhir edisi perdana, Piala ASEAN FIFA 2026 di Gelora Bung Karno Stadium, malam ini.
Pemain tengah berusia 32 tahun itu berkongsikan Indonesia ketika ini memiliki ramai pemain warisan yang beraksi di luar negara dengan kualiti berbeza memandangkan rata-rata mereka beraksi di liga Eropah.
"Sudah tiga atau empat tahun lalu kami bertemu Indonesia di pentas akhir. Boleh dikatakan setiap negara di ASEAN telah berkembang, dan kini banyak pemain warisan.
"Sekarang Indonesia boleh dikatakan memiliki ramai pemain warisan (naturalisasi) dan mereka beraksi di liga-liga yang tinggi.
"Oleh itu mereka memiliki kekuatan fizikal dan dan teknik yang sangat baik. Jadi, saya gembira akhirnya esok (hari ini) kami akan berdepan mereka." kongsinya.
Indonesia dan Thailand akan berentap dalam final Piala ASEAN FIFA malam ini!