Skip to main content

Bola Sepak

Piala ASEAN FIFA: Dua minit masa tambahan, tiba-tiba... -- Jurulatih negara ranking ke-182 dunia bersuara!

ff
Advertisement

Pengendali Bangladesh, Thomas Dooley, turut berkongsikan perasaan pelik berhubung perubahan masa tambahan ketika pasukannya berdepan Indonesia dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Piala ASEAN FIFA baru-baru ini.

Perkara itu susulan masa tambahan yang diperuntukkan buat Indonesia selepas 90 minit penuh berakhir iaitu sebanyak dua minit sebelum diubah kepada tujuh minit sekali gus memberikan masa buat Indonesia menambah jaringan untuk melakar kemenangan 9-2.

Advertisement

"10 hingga 15 minit terakhir berlangsung dengan begitu aneh kerana sepertinya banyak keadaan yang tidak menguntungkan kami.

"Pada awalnya, permainan diberikan dua minit masa tambahan dan kemudiannya bertukar secara tiba-tiba menjadi tujuh minit selepas kami (Bangladesh) menjaringkan gol.

Advertisement

"Kalau melihat dari sisi kurang baik, Indonesia mendapat waktu yang lebih panjang untuk menjaringkan gol." katanya seperti dilaporkan BolaKita.

Untuk rekod, Bangladesh menamatkan saingan di kedudukan keempat Kumpulan A tanpa sebarang kemenangan.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video