Skip to main content

Bola Sepak

Piala ASEAN FIFA: Saya sedia sarung jersi Harimau Malaya, Bergson sudah tidak sabar

hnhh

Selepas rasmi mendapat kelulusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mewakili Malaysia selaku pemain naturalisasi, penyerang prolifik Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva, kini hanya menanti peluang menyarung jersi kebangsaan dengan persiapan menuju Piala ASEAN FIFA 2026 yang kian hampir.

Dia berkata ia merupakan kebanggaan yang tidak ternilai dan berazam membalas kepercayaan dengan sepenuh jiwa jika dipanggil menyertai kem latihan bermula 21 September ini.

Sentiasa bersedia apabila diperlukan kerana bagi pemain dari Brazil itu, memberikan aksi terbaik buat JDT dan Harimau Malaya sememangnya menjadi keutamaannya.

"Saya akan berikan yang terbaik. andai terpilih, saya bersiap sedia.

"Saya bangga jadi saya sedia curahkan segala kudrat buat JDT dan pasukan kebangsaan," katanya selepas seri 1-1 dengan Buriram United dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) malam tadi.

Mengulas mengenai perlawanan menentang buriram united pada selasa, bergson akui jdt sepatutnya meraih keputusan lebih baik.

Namun, kekecewaan itu perlu dijadikan pembakar semangat untuk bangkit dengan prestasi lebih baik dalam perlawanan seterusnya.

"Sebaik bangun daripada tidur, saya hanya memikirkan untuk menjaringkan gol.

"Hari ini tidak begitu baik tapi gembira kerana kami menyajikan persembahan yang baik.

"Kami membuatkan pihak lawan berkubu di tempat sendiri tapi kami tidak bernasib baik.

"Kami boleh belajar daripada perlawanan ini untuk maju ke depan," katanya.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement