Skip to main content

Bola Sepak

EGM FAM: Pemerhati sukan lontar pandangan perebutan jawatan presiden FAM

jj

Pemerhati sukan negara, Datuk Dr. Pekan Ramli, menganggap kedua-dua calon Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memiliki kelebihan masing-masing, namun nama yang lebih disebut-sebut untuk mengisi kekosongan itu adalah Datuk Ab Ghani Hassan berikutan popularitinya.

Namun, apa yang lebih penting baginya adalah kepimpinan baharu badan induk kebangsaan itu perlulah bersifat dinamik dan tidak boleh "dijajah" daripada segi matlamat dan hala tuju, serta keputusan yang bakal diambil haruslah datang dari kepimpinan dan bukannya arahan dari "tangan ghaib".

Dr Pekan turut bersetuju dengan cadangan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) agar FAM menjadi "management based" yang memberi kuasa untuk keputusan dibuat oleh sekretariat yang dianggotai kakitangan profesional selepas Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi baki penggal 2025-2029 pada Kongres Luar Biasa (EGM) FAM Kedua 2026 berlangsung esok.

"Kelebihan ada pada Ghani kerana dia adalah bekas pemain.

"Satu perkara yang sebenarnya ada baiknya juga sebab FAM tidak akan dapat memenuhi (hasrat kesemua) ahli majlis yang memenangi pemilihan hari esok untuk mengetuai setiap jawatankuasa yang ada di FAM.

"Memang itulah yang berlaku sebelum ini. Kalau terpaksa dilakukan, pilihlah orang (sekretariat) -- walaupun dari luar -- yang mahir dan profesional," katanya di Nadi Arena.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement