Tular baru-baru ini dalam sebuah podcast seorang pemerhati bola sepak Indonesia berkongsikan kelemahan yang menjadi faktor utama Indonesia tewas kepada Malaysia beberapa kali sebelum ini.
Antaranya adalah kerana terbawa-bawa faktor emosi di atas padang ketika beraksi susulan perseteruan tradisi sejak sekian lama antara Harimau Malaya dan negara jiran itu.
“Saya harapkan para pemain, apalagi pemain yang beraksi di luar negara, memang ini kejohanan penting cuma jangan beraksi dengan emosi yang tinggi.
@soccer.update55 Indonesia wajib menang melawan malaysia jika ingin keluar sebagai juara grup#timnasindonesia #malaysia #hanifthamrin #bungbinder ♬ suara asli - Soccer Update⚽
“Itu kuncinya. Kerana beberapa kali lawan Malaysia, kita anggap pihak lawan luar biasa. Terpancing emosi. Itu yang akan menyukarkan kita.
“Kita perlu beraksi dengan tenang, fokus permainan dan strategi.” kongsinya.