Penyerang Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi, percaya jurang berbeza daripada aspek kualiti pemain Indonesia dan Malaysia bukan penghalang untuk memberikan saingan di atas padang.
Malaysia akan turun dalam perlawanan kedua Kumpulan A, Piala ASEAN FIFA 2026 bertemu Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta, malam ini.
"Bagi saya sebagai pemain, saya tak sabar melawan Indonesia, berada di hadapan penyokong yang ramai.
"Satu pengalaman, kualiti permainan yang tinggi, mungkin kualiti pemain Indonesia lebih baik berbanding kami, tetapi semangat juang kami berbeza walaupun kami tahu jurang antara pemain Indonesia dan kami.
Dalam masa yang sama, Pemain Paling Bernilai empat kali berturut-turut Liga Malaysia itu menyeru sokongan penuh penyokong bola sepak tanah air buat skuad Harimau Malaya yang akan turun beraksi membawa cabaran negara.
"Saya mahu berikan yang terbaik buat negara saya, kami akan berikan saingan yang terbaik. Saya harap penyokong tanah air berikan sokongan dan lupakan apa yang terjadi di luar padang, fokus pada kejohanan ini." katanya dalam satu temubual bersama PSSI TV.