Anak jati Sarawak yang berkelana di England, Samuel Bone, menerusi perkongsian di Instagramnya, memaklumkan bakal terbang ke Malaysia pada November ini.
Pertahanan Shelbourne itu terlebih dahulu mahu ke Singapura dan ingin mendapatkan jersi kelab tempatan di sana, Geylang International, yang pernah menjadi pasukan buat bapanya suatu ketika dahulu.

Pada Ogos lalu, pemain berusia 28 tahun itu pernah memberi gambaran mahu menyarung jersi Harimau Malaya berikutan lahir di Kuching dan tidak mewakili pasukan kebangsaan utama England dan Ireland.
Untuk rekod, bapanya, Billy Bone, juga pernah beraksi untuk Sarawak selama dua musim dari 1997.