Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan sebentar tadi mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Hilton Soibik atas pemergian bekas pengadil kebangsaan berusia 32 tahun itu semalam.
Hilton dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk mengadili perlawanan domestik Piala Parlimen YB Munirah 2026 di Kota Belud, Sabah.
Di peringkat kebangsaan, mendiang merupakan pengadil yang bertugas mengadili perlawanan-perlawanan liga domestik, iaitu Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Wanita Kebangsaan (LWN).