Skip to main content

Berita Sukan Am

Pengacara sukan terkenal, Laura Woods rebah ketika siaran langsung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Berita Sukan: Pengacara sukan terkenal, Laura Woods rebah ketika siaran langsung

Dunia penyiaran sukan dikejutkan apabila pengacara terkenal, Laura Woods, tiba-tiba rebah ketika mengetuai liputan perlawanan persahabatan England menentang Ghana di Southampton, malam Selasa.

Insiden itu berlaku pada awal program apabila Woods dilihat hilang keseimbangan sebelum sempat disambut oleh dua pundit di studio, Ian Wright dan Anita Asante. Pihak ITV segera memotong siaran kepada iklan bagi memberi ruang bantuan kecemasan diberikan.

Advertisement

Apabila siaran bersambung, rakan setugasnya Katie Shanahan mengambil alih peranan sebagai pengacara dan memaklumkan bahawa Woods kurang sihat dan terpaksa dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan.

Tidak lama selepas itu, Woods tampil menenangkan peminat melalui Instagram:

“Gosh, that was a bit weird. Sorry to worry everyone, I’m OK. Just need a bit of rest and hydration.”

Beliau turut memaklumkan doktor percaya keadaannya berpunca daripada jangkitan virus.

Woods sempat meluahkan rasa malu insiden itu berlaku di televisyen, namun berterima kasih kepada pasukan ITV serta Wright dan Asante yang bertindak pantas menangkapnya sebelum terjatuh.

Tunangnya, personaliti TV realiti Adam Collard, turut memberi perkembangan awal kepada peminat melalui media sosial:

“Laura is all OK and with the right people. Thank you for your kind messages.”

Semasa rehat separuh masa, Shanahan sekali lagi menegaskan bahawa Woods berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan sewajarnya.

Laura Woods merupakan antara wajah paling dikenali dalam dunia penyiaran bola sepak, dengan pengalaman luas mengendalikan liputan bola sepak lelaki dan wanita di ITV dan TNT Sports, selain pernah menjadi penyampai radio di TalkSport.

Topik Berkaitan

Must Watch Video