JM Corporation Berhad (“IJM”), dengan kerjasama Allianz Malaysia Berhad, dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran acara larian di dua lebuh raya utama yang dinantikan di Malaysia iaitu IJM Allianz Duo Highway Challenge (DHC) 2026.
Dijadualkan berlangsung pada Ahad, 2 Ogos 2026, acara ini sekali lagi menawarkan peluang unik kepada para peserta untuk merasai pengalaman larian yang diperakui World Athletics merentasi dua lebuh raya ikonik iaitu Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA-E9) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE-E10), dengan pelepasan rasmi berhadapan Sunway Pyramid di Lebuhraya NPE.
Advertisement
Dianjurkan bersama oleh Besraya (M) Sdn Bhd, New Pantai Expressway Sdn Bhd dan EC Pixels Asia, acara tahun ini menyasarkan penyertaan seramai 15,000 peserta, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara acara larian utama yang paling dinanti-nantikan di rantau ini.
Peserta boleh memilih daripada empat kategori larian iaitu 42.195KM (Maraton Penuh), 21KM (Separuh Maraton), 10KM dan 5KM, sesuai untuk pelari berpengalaman, kompetitif mahupun peserta yang ingin beriadah.
Maklumat Pendaftaran Pendaftaran akan dibuka pada 26 April 2026 dan ditutup pada 22 Jun 2026. Peserta yang berminat boleh mendaftar melalui pautan rasmi di https://race.mas.run/dhc2026 atau laman web rasmi di www.ijmhighwayrun.com.
Ganjaran Eksklusif Pelari & Tawaran Naik Taraf Terhad Sebagai sebahagian daripada tawaran promosi khas acara ini, ganjaran eksklusif akan diberikan kepada pelari yang pernah menyertai edisi DHC sebelum ini sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka.
Peserta yang layak akan menikmati akses kepada “Surprise Promo” yang menawarkan diskaun segera berdasarkan harga pendaftaran awal. Promosi masa terhad ini akan berlangsung dari 26 April hingga 3 Mei 2026, dengan setiap peserta layak membuat satu penebusan sahaja.
Selain itu, peserta terpilih dari edisi 2024 dan 2025 akan ditawarkan peluang eksklusif untuk menaik taraf penyertaan ke kategori Maraton Penuh (42.195KM) pada kadar rata khas RM120.
Tawaran naik taraf ini bermula dari 22 April hingga 25 April 2026, tertakluk kepada terma dan syarat. Kerjasama Strategik dan Sokongan Acara ini terus mendapat sokongan daripada pelbagai pihak berkepentingan dan agensi, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), serta Pesuruhjaya Sukan.
Kerjasama berterusan ini mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan penganjuran acara yang selamat, tersusun dan berkualiti tinggi, di samping mempromosikan gaya hidup aktif serta penglibatan komuniti. Rekod Cemerlang dan Penyertaan Meningkat Sejak diperkenalkan pada tahun 2017, IJM Allianz Duo Highway Challenge telah berjaya mencatatkan jumlah penyertaan melebihi 70,000 peserta termasuk pelari antarabangsa dari seluruh dunia.
Edisi 2025 mencatatkan penyertaan memberangsangkan melebihi 13,000 peserta dari 31 negara, sekali gus menonjolkan daya tarikan acara ini di peringkat serantau dan antarabangsa sebagai acara larian lebuh raya utama di Malaysia. Dianjurkan bersama oleh IJM Corporation Berhad dan Allianz Malaysia Berhad, acara ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua organisasi dalam mempromosikan gaya hidup sihat, memupuk persekitaran larian yang inklusif serta menyokong perkembangan komuniti pelari di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, di sini atau ikuti perkembangan di Facebook rasmi kami.