Skip to main content

Permotoran

Info Siaran MotoGP Langsung di Astro! Tonton Sekarang!

Info Siaran MotoGP Langsung di Astro! Tonton Sekarang!

Peminat sukan permotoran tanah air bakal disajikan dengan aksi mendebarkan saingan MotoGP Grand Prix of Spain yang memasuki pusingan keempat musim 2026 menerusi Astro!

Tumpuan utama terarah kepada sesi Free Practice 2 serta Kelayakan 1 dan 2 (Qualifying 1 & 2)*  akan menentukan kedudukan grid perlumbaan menjelang aksi sebenar di litar ikonik Sepanyol.

Advertisement

Perlumbaan yang dikenali sebagai Estrella Galicia 0,0 Grand Prix of Spain ini berlangsung di Circuito de Jerez -- sebuah litar teknikal yang sering menjanjikan aksi sengit serta persaingan rapat dalam kalangan pelumba elit dunia.

Info Siaran Langsung

Kejohanan: MotoGP World Championship 2026 -- Pusingan 4
Lokasi: Jerez, Sepanyol
Status: SIARAN LANGSUNG di Astro Sports Plus (CH 817) dan Astro GO

Sesi kelayakan ini amat penting kerana ia menentukan posisi permulaan pelumba di grid -- faktor utama yang sering mempengaruhi keputusan perlumbaan di Jerez.

Dengan laluan sempit dan selekoh teknikal, pelumba perlu menampilkan kombinasi kepantasan, kawalan jentera dan strategi terbaik untuk mencatat masa terpantas.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan detik penentuan grid MotoGP Sepanyol 2026 secara langsung.

Aksi Free Practice dan sesi kelayakan ini bakal memberi gambaran awal siapa yang benar-benar bersedia mencabar kemenangan di litar Jerez. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video