Penyerang naturalisasi Vietnam, Rafael Bezerra Fernandes, tidak mengambil masa lama untuk kembali mendapat sentuhan berbisanya apabila meledak hatrik untuk membantu kemenangan Nam Dinh menewaskan Shan United 3-0 dalam kempen Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup semalam.
Rafael yang turut dikenali sebagai Nguyen Xuan Son itu beraksi 90 minit penuh sekali gus mengetuai ketajaman jentera serangan Nam Dinh.
Advertisement
Pemain berusia 28 tahun itu sebelum ini mengalami kecederaan serius patah kaki kanan dalam aksi final kedua Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 (AMEC).
Setakat ini, Rafael telah mengumpul empat kap bersama skuad kebangsaan Vietnam, dengan merekodkan tujuh gol dan tiga bantuan jaringan.
Ini susulan ketua jurulatih Vietnam, Kim Sang-sik, sebelum ini difahamkan bakal menggunakan kembali khidmat penyerang naturalisasi mereka, Rafael Bezerra Fernandes, dalam baki kempen Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Laos dan Malaysia pada Mac 2026 nanti.