13 negara sudah menyatakan kesediaan untuk menyertai Cabaran Antarabangsa Mountain Bike Piala YDP yang merupakan penganjuran kali pertama di trek baru di Tanjung Malim pada 12 hingga 13 Disember depan.
Penganjuran yang mendapat pengiktirafan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) ini menarik perhatian negara luar dan atlet bertaraf dunia apabila kejohanan ini turut menawarkan kutipan mata untuk layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028
"Kami akan dua kategori cross country Olimpik (XCO) dan cross country elimamated (XCE).
"XCO akan diadakan di dalam perkarangan UPS," kata Pengarah Kejohanan, Dr Shazree Idzham Wahab Abdul Rahman,
Tambah Pengarah Perlumbaan, Ronizam Ismail: "Paling epik adalah penyertaan dari Palestin dan dua pelumba bertaraf dunia."
Kejohanan julung kali di Tanjung Malim bertaraf UCI kelas dua memberi peluang kepada pelumba kategori elit dan junior khusus dalam acara utama yang di pertandingkan iaitu disiplin XCO yang terbahagi kepada dua kategori.
Wakil negara, Muhammad Syawal Mazlin, mencari peluang mengutip mata untuk LA2028 di mana ini merupakan kejohanan kali pertama untuk dia berbuat demikian.
"Sebagai anak jati Perak, saya tetap teruja kerana tidak pernah ada kejohanan bertaraf UCI di sini.
"Ini peluang untuk saya berbakti kepada negeri, pasukan dan penaja.
"Ini juga merupakan kejohanan kedua bagi kelayakan Sukan Olimpik," katanya.