Skip to main content

Golf

Mijo: Pemain negara hadapi cabaran berbeza selepas hujan

ll
Advertisement

"Ku sangkakan panas hingga petang, rupanya hujan di tengahari."

Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan hari pertama Kejohanan Remaja Antarabangsa Terbuka Malaysia (Mijo).

Advertisement

Perubahan cuaca itu bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, malah menuntut pemain untuk terus menyesuaikan rentak permainan dan mengekalkan konsentrasi sepanjang pusingan.

Kapten skuad Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NJDP-MGA), Muhammad Adif Haiqal, turut tidak terkecuali berdepan situasi sama, dengan menamatkan pusingan pertama hasil catatan lapan di atas par hasil daripada meraih 10 par dan lapan bogey.

Advertisement

Mengakui tidak berpuas hati dengan prestasinya, Haikal bertekad membangkitkan semangat pasukannya agar mereka terus memandang ke hadapan dan kembali dengan nafas baharu pada hari kedua kerana bola golf itu bulat, lapangan itu luas dan angin yang menderu itu bila-bila masa sahaja mampu mengubah skrip kejohanan.

"Prestasi saya agak kurang bagus selepas hujan. Saya lambat menyesuaikan diri dengan padang basah.

"Permainan jarak dekat saya agak kurang menjadi pada hari ini.

"Rakan sepasukan yang lain juga saya rasa menghadapi perkara yang sama, bola menjadi berat.

"Dengan green yang mula mengering," kata kapten skuad NJDP-MGA, Muhammad Adif Haikal.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video