Skip to main content

Sukan Lain

Pelari nombor satu dunia idam pecah rekod peribadi di China

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Soh Wai Ching

Pelari menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching, berazam untuk memecahkan rekod peribadi terbaiknya, 16 minit 35 saat, dalam cabaran Guangzhou CTF Finance Center International Vertical Marathon di China hujung minggu ini.

Menurutnya, suhu sekitar 18 darjah celsius bukanlah suatu halangan untuk mencipta sensasi di negara itu.

Advertisement

Bagaimanapun, Wai Ching mengakui perlu berhati-hati dengan pelari menara dari negara Tembok Besar itu, yang rata-ratanya menghuni ranking kelompok enam terbaik dunia.

"Jangkaannya adalah untuk memecahkan rekod kejohanan, iaitu 16 minit 23 saat dan catatan terbaik saya juga 16 minit 35 saat, jadi saya harap dapat melakukan 16 minit 10 saat," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Saya pernah ke Ghuangzhou tetapi pada dua tahun lalu dan tahun lalu saya tidak ke sana kerana ia bertembung dengan kejohanan lain.

"Tetapi saya ada video laluan menara itu, jadi saya tahu bagaimana untuk mengatasinya dan memperbaiki catatan masa saya pada 2023.

"Saya memang yakin walaupun ia bukan tempat saya kerana saya pernah berlari di tangga-tangga di sana dan tahu apa untuk dilakukan."

 

Must Watch Video