Skip to main content

Bola Sepak

Peguam terangkan kenapa 7 pemain warisan Harimau Malaya dapat penangguhan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Nik

Peguam sukan, Nik Erman Nik Roseli, menjelaskan tiga asas utama yang dipertimbang oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berkenaan pelaksanaan penangguhan sementara penggantungan 12 bulan tujuh pemain warisan Harimau Malaya oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Katanya, risiko kemudaratan kepada pemain, kekuatan merit rayuan, serta kepentingan pemain yang melebihi kepentingan FIFA antara tiga perkara utama yang menjadi tumpuan.

Advertisement

"Asalkan tiga elemen itu dipenuhi untuk memohon seterusnya boleh dapat.

"Dalam konteks kemudaratan kepada pemain, isu ini memang memberi kemudaratan kepada mereka kerana tempoh 12 bulan tidak bermain itu tidak akan dapat semula.

"Katakan rayuan dibenarkan, mereka tidak dapat kembali 12 bulan itu.

"Kedua, merit kepada rayuan. Tetapi, ia tidak bermaksud ada peluang untuk menang.

"Asalkan ada prima facie.

"Yang ketiga, kepentingan mereka melebihi kepentingan FIFA.

"Tiga elemen itu harus dipenuhi oleh pemohon (pemain) untuk mendapat penangguhan.

"Itu konsep biasa dalam undang-undang," katanya di Nadi Arena.

Namun, keputusan menurunkan tujuh Malaysian Abroad itu dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia menentang Vietnam pada Mac depan, dilihat sebagai satu risiko dan perlu mendapat pengesahan rasmi daripada FIFA.
 

Must Watch Video