Skip to main content

Badminton

Kelayakan Piala Asia B-17: Masih ada peluang layak? Ini yang akan terjadi jika Malaysia atasi India

jk
Advertisement

Skuad B-16 negara masih berpeluang untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia B-17 di Uzbekistan.

Skuad negara berpeluang untuk layak sekiranya menewaskan India dengan perbezaan tiga gol sama ada menerusi kemenangan 3-0, 4-1, 5-2 atau seterusnya bagi mengesahkan slot untuk layak.

Advertisement

Menerusi perkongsikan FAM, berkongsikan: "Skuad Harimau Malaya B-16 kendalian Shukor Adan sebenarnya masih berpeluang untuk muncul juara Kumpulan E, sekali gus layak ke Piala Asia B-17 2027 di Uzbekistan.

"Ia berdasarkan kriteria penentuan kedudukan, jika terdapat dua atau lebih pasukan terikat jumlah mata yang sama, mengikut turutan berikut:

Advertisement

"i) jumlah mata yang diperoleh dalam perlawanan sesama pasukan yang terikat (head to head). (ii) jika penentuan head to head masih sama, perbezaan jaringan gol dalam perlawanan sesama pasukan yang terikat akan diambil kira.

 

 

 

 

 

"Jika Palestin berjaya menewaskan Singapura pada aksi terakhir Kumpulan E pada jam 3:30 petang, Jumaat ini. Malaysia perlu menewaskan India pada perlawanan jam 9:00 malam, Jumaat ini dengan perbezaan 3 gol sama ada 3-0, 4-1, 5-2 atau seterusnya untuk layak.

"Jika itu berlaku, Malaysia, India & Palestin akan sama kumpul 9 mata & kriteria penentuan kedudukan adalah mengikut turutan berikut: (i) head to head untuk ketiga-tiga pasukan adalah sama, iaitu 3 mata untuk setiap pasukan. (ii) maka perbezaan jaringan gol dalam perlawanan sesama pasukan yang terikat akan diambil kira, iaitu malaysia (+1), india (+o) & palestin (-1).

"Jika Palestin sekadar seri atau tewas kepada Singapura pada aksi terakhir Kumpulan E pada jam 3:30 petang, Jumaat ini.

"Malaysia hanya perlu menewaskan India pada perlawanan jam 9:00 malam, Jumaat ini dengan perbezaan 1 gol sahaja sama ada 1-0, 2-1, 3-2 atau seterusnya untuk layak.

"Jika itu berlaku, hanya Malaysia & India sama kumpul 9 mata & kriteria penentuan kedudukan adalah mengikut turutan berikut: (i) jumlah mata yang diperoleh dalam perlawanan sesama pasukan yang terikat (head to head), iaitu malaysia (3 mata) & india (0 mata).

"Kesimpulannya, peluang skuad harimau malaya b-16 untuk layak ke Piala Asia B-17 2027 masih belum tertutup, malah kita masih berpeluang cerah.

"Ayuh penyokong Harimau Malaya, hadir ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Jumaat ini, jam 9:00 malam untuk memberikan sokongan padu kepada skuad kendalian Shukor Adan ini dalam misi wajib menang ke atas India!" kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video