Skip to main content

Bola Sepak

Kim Swee enggan fikir mengenai 'kenaikan pangkat', fokus pembangunan bola sepak akar umbi

dd
Advertisement

Pengarah teknikal NFDP, Datuk Ong Kim Swee, belum mahu memikirkan mengenai 'kenaikan pangkat' untuk mengisi jawatan Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sebaliknya, bekas pengendali Harimau Muda A itu menegaskan fokus utamanya kekal terarah kepada agenda pembangunan bola sepak remaja negara.

Advertisement

"Ini tidak saya fikirkan, apabila saya terima jawatan sebagai Pengarah Teknikal NFDP tujuan Utama saya memikirkan pembangunan pasukan remaja selain program selama setahun," katanya.

Antara perancangan yang disediakan adalah memperluas Liga Remaja Kebangsaan, dengan membuka penyertaan kepada akademi swasta, dan tidak lagi terhad kepada pasukan negeri sahaja.

Advertisement

"Kami akan mula pada tahun depan untuk akademi swasta, selepas itu lihat bagaimana persepsi tahun depan. Perancangan ada dengan bantuan MSN, FAM dan FIFA untuk program di akar umbi." tambahnya.

Kim Swee dijangkakan akan dilantik sebagai Pengarah Teknikal FAM yang baharu bagi menggantikan Scott O' Donnell yang difahamkan tidak dilanjutkan kontrak oleh badan induk bola sepak negara itu.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video